BAB 1:SEJARAH AWAL NEGARA

REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH


Penentangan Di Naning

Melalui Perjanjian Inggeris - Belanda pada 17 Mac 1824, Malaka diletakkan di bawah kuasa British. British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka (Naning terletak di sempadan daripada antara Melaka dan Negeri Sembilan). Gabenor Fullerton berpendapat penduduk Naning perlu membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British di Melaka. Hal ini mendapat tentangan daripada Dol Said iaitu penghulu Naning.

Penentangan Di Perak


Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, telah meletakkan J.W.W. Birch sebagai Residen British yang pertama di Perak. Sistem Residen tidak mendapat kerjasama daripada Sultan Abdullah dan pembesar Melayu yang lain disebabkan oleh sikap Birch. Ketidakpuasan terhadap Sistem Residen dan sikap peribadi Birch telah membawa kepada komplot antara pembesar Melayu untuk membunuhnya.

Sultan Abdullah dan Raja Ismail telah menghantar senjata kepada Dato Maharajalela dan beliau telah mengarahkan supaya Pandak Indut dan Seputum membunuh Birch. Birch telah berjaya dibunuh di Pasir Salak pada 12 November 1875. Terdapat juga beberapa sebab lain yang menjadi punca penentangan di Perak iaitu:
i.              Kerajaan British dan Birch telah menyekat hak untuk mengutip cukai yang sebelum ini diamalkan oleh pembesar Melayu. Kutipan cukai adalah sumber pendapatan utama pembesar Melayu ketika itu.
ii.             Kerajaan British telah menggunakan Birch untuk memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan Inggeris.
iii.            Pembaharuan yang diperkenalkan terlalu mendadak. Contohnya menghapuskan sistem pengabadian iaitu seseorang menjadi hamba pemiutang kerana tidak mampu untuk membayar hutang. Selain itu, Birch juga memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang lari daripada tuannya. Campurtangan dalam adat istiadat orang Melayu juga telah menambahkan kemarahan kepada pembesar Melayu.
iv.           Sikap Birch juga telah menambahkan kemarahan pembesar Melayu. Antaranya seperti Birch telah melaksanakan pembaharuan yang terburu-buru dan tindakannya itu tidak mengambil kira perasaan orang Melayu. Birch juga tidak pandai  berbahasa Melayu dan ini telah menyukarkan beliau untuk berkomunikasi dengan orang Melayu. Selain itu, sikap Birch yang sangat kasar misalnya beliau pernah membakar rumah 2 orang pembesar Perak iaitu Raja Ngah Ibrahim dan Tengku Paling Besar yang berkuasa memungut cukai.

Penentangan Di Kelantan

Melalui perjanjian Inggeris – Siam (Perjanjian Bangkok), kuasa Siam ke atas Kelantan telah diserahkan kepada British. James Scott Mason telah dilantik menjadi penasihat British yang pertama di Kelantan. 

Penentangan yang tercetus di Kelantan telah dipimpin oleh seorang pedagang tempatan iaitu Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut).
Antara sebab-sebab berlakunya penentangan di Kelantan adalah
a.         Ketidakpuasan Hati Engku Besar Jeram
Perlantikan pegawai daerah di Pasir Puteh telah mengakibatkan kehilangan kuasa tradisional pembesar Melayu iaitu Engku Besar Jeram Tun Ahmad. Beliau telah kehilangan kuasa dan dipaksa membayar cukai.
b.         Pengenalan Sistem Tanah Baharu 1915
Sistem tanah baharu ini diperkenalkan di mana orang ramai perlu membayar sewa yang tetap.
c.         Pengenalan Cukai Pertanian
British telah mengenakan cukai terhadap hasil tanaman utama penduduk Kelantan iaitu padi dan kelapa.
d.         Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh
Pegawai Daerah Pasir Puteh yang dilantik oleh British iaitu Che Abdul Latif ialah seorang yang kasar dan terlalu tegas. Beliau telah mencaci pembayar cukai yang lewat. Perasaan tidak puas hati ini telah mencetuskan pemberontakan yang diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh pada 29 April 1915. Dengan bantuan Sultan Kelantan, British telah berjaya menumpaskan pemberontakan ini dan berjaya membunuh Tok Janggut pada 24 Mei 1915.

Penentangan Di Terengganu

Pemberontakan di Terengganu diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong). Pemberontakan ini juga dikenali sebagai Pemberontakan Tani.

Faktor–faktor penentangan di Terengganu ialah:
i.              Kerajaan British telah mengenakan cukai terhadap hasil tanah dan rakyat juga dikenakan cukai kepala.
ii.             British memperkenalkan sistem pendidikan barat yang berbeza dengan sistem pendididikan tradisional.
iii.            British memperkenalkan Pas Kebenaran kepada sesiapa yang membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan yang sebelum ini menjadi hak awam.

Pemberontakan ini telah bermula pada 21 Mei 1928 dimana orang Melayu telah menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala Berang. Walaubagaimanapun pemberontakan ini berjaya ditumpaskan oleh British dan Haji Abdul Rahman Limbong telah dibuang negeri ke Makkah.

Penentangan di Pahang


Penentangan bermula apabila British lantik J.P.Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret. British mula memperkenalkan system lessen dan permit-pungut hasil hutan, cukai tanah dan system kerah.

Pembesar Melayu kehilangan kuasa dan mata pencarian lalu bangun tentang British. Tok Gajah, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Disember 1891 dan serang balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling.

Pemberontakan berakhir pada tahun 1895. Tok Gajah, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya di Siam.

Penentangan di Sarawak

Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinasti Brooke.

Beberapa pemberontakan:

Rentap
·         1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang pribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke- Alan Lee.
·         1861, Brooke lancer serangan besar-besaran kubu Rentap di Bukit Sadok.

Banting
·         Ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan amalan tradisi tempatan.
·         1908, Brooke Berjaya tewaskan Banting.

Sharif Masahor
·         Penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan system pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sungai Rejang.
·         Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sungai Rejang dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859. Serangan dapat dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi.

Asun
·         Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920 orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sungai Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun.
·         1932, Asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.

Penentangan di Sabah

Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British(SBUB).

Dua pemberontakan tercetus iaitu :
·         Pemberontakan Mat Salleh
Ø  Berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan.
Ø  Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut(1894), serang pelabuhan Syarikat di Pulau Gaya(1897). Akhirnya, Mat Salleh terbunuh pada 1900.
·         Kebangkitan Rundum
Ø  Diketuai oleh Antanum  pada 1915.
Ø  Faktor pemberontakan – cukai ke atas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan-jalan kecil di hutan.
Ø  Februari 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanum ditawan dan dihukum bunuh.

Ulasan: Semua penentangan yang dilakukan adalah kerana pihak British cuba merampas kuasa-kuasa pembesar menyebabkan pembesar tempatan melakukan penentangan terhadap pihak British. Pihak British juga ingin menguasai hasil bumi yang terdapat di tanah melayu. Oleh itu, kita hendaklah mencontohi semangat yang ditunjukkan oleh pembesar-pembesar terdahulu dalam mempertahankan negeri mereka.

Sumber :

Link-http://malaysiastudies.yolasite.com/bab-4-zaman-penjajahan.php

Penulis-Muhammad Helmi Salim, Razali Morshidi, 



PENJAJAHAN PORTUGIS TERHADAP MELAKA

PENAKLUKAN PORTUGIS KE ATAS MELAKA (1511–1641)

      Orang Portugis adalah bangsa Eropah yang pertama datang ke Timur dan tiba ke Melaka dengan tujuan kedatangan mereka berkaitan dengan perdagangan rempah. Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Rempah selalunya digunakan untuk mengawet makanan dan menambahkan kelazatannya dan mereka datang ke Timur sebab mahu mendapatkan rempah terus dari Kepulauan Melayu.
Ketika itu perdagangan rempah ini dimonopoli oleh saudagar Islam dan Portugis ingin memecahkan monopoli perdagangan rempah yang dikuasai oleh saudagar Islam sejak sekian lamanya.
Tambahan pula, orang Portugis telah lama memusuhi orang Islam sejak mereka kalah dalam Perang Salib pada kurun ke 12 dan mereka ingin meneruskan peperangan tersebut dan ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur serta menyebarkan ajaran Kristian.
Raja Portugal juga menggalakkan rakyatnya melakukan pengembaraan ke seluruh dunia dan menghantar rombongan untuk mencari jalan laut ke Timur.
Penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511 telah memulakan suatu era baru campurtangan kuasa Barat di rantau Asia Tenggara khususnya di Tanah Melayu. Menyedari bahawa rantau Asia Tenggara memiliki kekayaan, khususnya pusat pengeluaran rempah yang pada masa itu menjadi barang dagangan paling berharga, ini telah menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba menjelajah ke Asia Tenggara dengan tujuan untuk mendapatkan dan memonopoli perdagangan rempah, meluaskan pasaran serta pengaruh politik mereka.
Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis pada 1511 telah menandakan bermulanya penjajahan kuasa Barat di Kepulauan Melayu. Penaklukan Melaka oleh Portugis berdasarkan kepentingan ekonomi kerana Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur.
Di samping itu, kedatangan Portugis ke Timur adalah bertujuan untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’ Albuquerque.
Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka.
Melaka ketika itu masih menjadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam yang terkenal ketika angkatan laut Portugis diketuai Lopez de Sequira tiba. Ketibaan Portugis di Melaka adalah bermula setelah mereka diarahkan oleh Raja Manuel untuk mendapatkan pangkalan Portugis di Melaka.
Pada mulanya rombongan Portugis itu disambut baik oleh Sultan Mahmud dan dibenarkan berniaga. Tetapi keadaan ni kemudian berubah apabila saudagar Islam dari India telah menasihatkan Bendahara Tun Mutahir supaya berhati-hati dengan orang Portugis yang di anggap musuh Islam.

Bendahara telah memujuk Sultan Mahmud supaya bertindak ke atas orang Portugis. Baginda akhirnya memerintahkan semua orang Portugis ditangkap dan ditahan termasuk seorang pegawai kanan rombangan tersebut iaitu Ruy de Araujo.
Bagaimanapun, beberapa orang daripada rombangan itu telah terbunuh dan ada yang dapat melarikan diri ke Goa termasuk ketuanya Lopez de Seqeuira.
Peristiwa tersebut telah memberi sebab dan peluang kepada Portugis untuk menyerang Melaka. Walaupun Melaka aman dan makmur, beberapa pergolakan dalam istana yang telah menyebabkan kelemahan pentadbirannya.
Apabila berita penahanan rombongan Portugis di Melaka sampai ke Goa & Lisbon, Wizurai (Viceroy-wakil/gabenor untuk Raja) Portugis di Goa, Alfonso d’ Albuquerque telah menyiapkan angkatan perang untuk menyerang Melaka. Dengan alasan penahanan rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.
Raja Portugal menghantar sepasukan tentera laut di bawah pimpinan Diego Mendez untuk tujuan yang sama dan angkatan tentera ini telah bergabung dengan angkatan tentera Alfonso menjadi angkatan perang yang besar.

PUNCA KEJATUHAN MELAKA KE TANGAN PORTUGIS

      Antara punca utama yang telah dikenal pasti sehingga menyebabkan Melaka berjaya ditawan oleh Portugis adalah kerana berlakunya pengkhianatan dalam negeri diikuti dengan ketiadaan Bendahara yang berkaliber seperti Tun Perak, serta kekuatan angkatan tentera Portugis, khususnya pemilikan senjata moden dan strategi peperangan yang lebih teratur. Serta Pengkhianatan Si Kitol yang memcah rahsia ketenteraan Melaka kepada pihak British.

USAHA MENGEMBALIKAN HAK MELAKA

      Sultan Mahmud Shah merupakan Sultan Melaka yang memerintah Melaka ketika ia ditawan Portugis pada 1511 oleh Alfonso de Albuquerque. Baginda telah berusaha berkali-kali menawan semula Melaka. Pada tahun 1515 hingga tahun 1519, Sultan Mahmud Shah melancarkan serangan sebanyak tiga kali. Contohnya, pada tahun 1517, baginda dengan bantuan askar dari Muar menyerang Portugis di Melaka tetapi gagal. Baginda juga gagal mengepung Melaka untuk menyekat kemasukan bekalan makanan. Kegagalan Sultan Mahmud Shah ini disebabkan pembinaan Kota A'Famosa oleh Portugis.
Pada tahun 1523, Kota Melaka diserang dan dikepung oleh Sultan Mahmud selama setahun. Walau bagaimanapun, Portugis berjaya mempertahankan Melaka disebabkan mereka menerima bantuan dari Goa. Walaupun Sultan Mahmud gagal, tetapi kedudukan Portugis di Melaka berjaya dilemahkan.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota baginda di Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar, Sumatera.

KESAN PENDUDUKAN PORTUGIS DI MELAKA

      Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan.

Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu.Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.

Ulasan: 
Kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia ialah dapat melindungi negara daripada ancaman kuasa luar . Negara yang mempunyai masyarakat yang berkerjasama antara  satu sama lain dapat melemahkan gerakan kuasa luar yang ingin menakluk negara kerana kunci rahsia negara dikawal ketat oleh sikap masyarakat yang saling berkerjasama dalam menjamin kedaulatan negara.Selain itu , perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat juga dapat diwujudkan . Perpaduan rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum berlaku. Seterusnya , negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing kerana kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang berminat untuk menguasai negara akan membatalkan niat mereka  kerana takut dengan semangat rakyatnya dalam mengekalkan keamanan negara.



No comments:

Post a Comment