Segregasi
Asimilasi
: merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok kebudayaan dan identiti yang sama, atau satu versi daripada kelompok dominan; kewujudan komunti peranakan di Malaysia adalah satu contoh.
Akomodasi
: merupakan proses yang melibatkan beberapa kumpulan etnik yang menyedari bahawa mereka adalah berbeza namun menghormati norma dan nilai kolektif satu sama lain; kewujudan fenomena Kongsi-Raya atau Deepa-Raya adalah satu contoh.
Akulturasi
: merupakan proses penerimaan dan pinjam-meminjam unsur atau perlakuan budaya antara kelompok etnik yang berbeza;kewujudan pinjam-meminjam antara kelompok etnik di Malaysia dari segi pakaian, makanandan selainnya dan apa yang dipinjam itudisesuaikan pula dengan nilai dan norma kumpulan etnik yang meminjam.
: merupakan proses yang dilakukan secara interventionist dan sedar oleh beberapa kumpulan etnik, atau pemerintah,untuk mencantumkan beberapa unsur berbeza daripada kumpulan etnik yang berbeza tersebutdalam satu entiti yang bersatu, sama ada secara sementara atau berkekalan; wujudnya projek Sekolah Wawasan adalah satu contoh.
Kesimpulan :
Dengan itu, tidak memadai untuk kita berbincang mengenai perpaduan dan integrasi di Malaysia secara superficial sahaja. Kita mesti mengambil kira wujudnya lima proses ini dan setiapnya membawakan bentuk perpaduan dan integrasinya tersendiri. Oleh yangdemikian, kita perlu mengupas dan menilai perpaduan dan integrasi di Malaysia dengan melihat lapisan kedua, ketiga dan keempatnya, bukan sekadar dipermukaan.
Sumber :
Disediakan oleh : Institut Kajian Etnik ( KITA )
No comments:
Post a Comment